PROFIL

OBJEKTIF
Pusat Kegiatan Guru Kampong Gajah adalah seperti mana pusat-pusat kegiatan guru yang lain di seluruh Malaysia mempunyai objektif yang sama dalam menjurus ke arah pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia.

MATLAMAT PKG

Matlamat PKG adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru-guru berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran dan wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan negara.

OBJEKTIF PKG

  • Meningkatkan penggunaan bahan pelbagai media pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
  • Meningkatkan kemahiran guru dalam penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sejajar dengan konsep pendidikan bestari
  • Meningkatkan perkembangan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kemudahan teknologi yang terkini untuk memudahkan guru mengaplikasikannya di samping membudayakan minat membaca di kalangan guru dan pelajar
  • Meningkatkan pengurusan, penggunaan teknologi, dan kehendak pelanggan di Pusat Kegiatan Guru
  • Meningkatkan kualiti pendidikan melalui pembudayaan penyelidikan dan pembangunan berdasarkan keperluan dan masalah setempat
WAWASAN PKG
PKG akan cuba mewujudkan suasana perkhidmatan yang cekap kepada institusi pendidikan dan guru-guru kelompoknya bagi meningkatkan lagi prestasi pendidikan pembestarian selaras dengan matlamat Pendidikan Negara dalam perkara seperti mengadakan buku rujukan, memperbanyakan koleksi bahan bermaklumat, berbincang permasalahan guru setempat dalam mesyuarat panitia pelajaran sekolah kelompok, menjadi agen penyelesaian masalah dan agen perubahan dalam meningkatkan:

  • Suasana kerja yang harmoni
  • Perubahan kendiri guru-guru
  • Perubahan dan perkongsian idea
  • Mempelbagaikan alatan dan bahan yang diperlukan dalam proses P&P

No comments:

Post a Comment