Wednesday, 20 March 2013

PEMILIHAN TOKOH NILAM TAHUN 2013


Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

Mengikut pekeliling ikhtisas Bil.1/1998 bertarikh 22 Mei 1998, setiap sekolah perlu melaksanakan Program membina tabiat membaca bagi membina budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Semua sekolah hendaklah membentuk mekanisme pelaksanaan untuk merancang dan menjalankan aktivit-aktiviti membaca melibatkan semua murid di  semua peringkat. 

Untuk makluman pihak tuan/puan, sebagai menyokong usaha Kementerian Pelajaran malaysia dalam pelaksaan MBMMBI maka pada tahun ini Pemilihan Tokoh NILAM berdasarkan kategori berikut:

  1. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Melayu
  2. Kategori Sekolah Rendah Bahasa Inggeris
  3. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Melayu
  4. Kategori Sekolah Menengah Bahasa Inggeris
Bagi Takwim Pemilihan Tokoh NILAM Negeri Perak tahun 2013 pula adalah seperti berikut :

  1. Peringkat Sekolah - 1 April hingga 30 April 2013
  2. Peringkat PKG 2 - Mei hingga 31 Mei 2013
  3. Peringkat Daerah - 3 Jun hingga 21 Jun 2013
  4. Peringkat Negeri - 24 Sept hingga 27 Sept 2013
Sehubungan  itu, semua sekolah dalam negeri Perak wajib menghantar calon dalam Pemilihan Tokoh NILAM ini. Semua calon hendaklah melengkapkan borang-borang berkenaan dan hantarkan ke Pusat Kegiatan Guru Kampong Gajah sebelum 30 April 2013. Sekolah yang tidak menghantar calon diminta memberi penjelasan kepada Pegawai pelajaran Daerah





No comments:

Post a Comment